Thursday, 26 December 2013

KISAHNYA ADA, CUMA APA NILAI DARIPADA KISAHNYA

Salam.
Izinkan saya untuk memulakan bicara ini untuk berpesan kepada diri saya sendiri dan sahabat pembaca saya supaya sama-sama kita beribadah dan bertaqwa kepada Allah SWT. Ingatlah bahawa Allah SWT itu berkuasa dan manusia tidak berkuasa.

Jom selawat sahabat pembaca sekalian.
Alhamdulilllah (33x)
SubhanaAllah (33x)
Allahu Akhbar (33x)..................... semoga dapat diamalkan oleh semua dan saling bermanfaat untuk semua.

Setiap daripada kita mempunyai kisah yang pendek atau panjang. Kadang-kadang kisah itu tidak dicerita dalam apa jua bentuk. Kadang-kadang kisah itu dibukukan dalam apa jenis caranya, ia terserah kepada hak dan kepentingan masing-masing. Bagi saya, apa sahaja kisah yang dialami oleh anda semua, itu tidak penting. Kenapa saya katakan begitu, kisah yang paling penting adalah nilai disebalik kisah itu.

Nilai daripada kisah itu yang akan memberikan banyak pengajaran. Nilai itu akan menyebabkan diri kita akan selalu muhasabah diri kita. Nilai itu akan mengajar diri kita erti pengorbanan. Tetapi, apa yang paling penting adalah setakat mana kita mendalami segala nilai yang ada disebalik nilai itu.


Kisah apa yang berlaku mempunyai nilainya. Inilah sahabat saya yang bermula daripada SMK Kemumin sehinggalah UPSI. Apa nilainya daripada kami ini. Bagi saya cukup mudah, nilai persahabatan yang tidak mudah diungkap dengan kata-kata. Ada kalanya kami setuju di atas apa yang terjadi, adakala kami tidak setuju dengan apa yang terjadi.

Buah mengkudu tumbuh layu
Duduk termenung dimakan di anak Melati
Biarlah budi ada pada anak Melayu
Kelak menjadi manusia yang ada nilai sejati.

Salam kemaafan.

Monday, 10 June 2013

KISAH SEBUAH KENANGAN : MEMORI INDAH HIDUP BERSAHABAT

Bismillairohmanirohim dan Assalamualaikum W.B.T serta Salam Sejahtera.

Sebelum dan sebelumnya pemilik mata pena ini mencoretkan sesuatu untuk mengisahkan kenangan dalam hidup, pemilik mata pena ini berpesan kepada semua sahabat, marilah sama-sama kita beriman, beramal dan bertaqwa kepada Allah SWT dan selawat ke atas junjungan agung Nabi Muhammad SAW sebagai kekasih Allah SWT. Semoga semua sahabat berada dalam syafaat dan keredhaan kepada Allah SWT dengan limpahan rakyat dan kesyukuran yang tidak terhingga sepanjang bernafas atas nikmat dan anugerah daripada Yang Maha Kuasa.

Setiap daripada pertemuan dan ikatan persahabatan, pasti akan berlaku perpisahan secara jasad namun kenangan hidup tetap menjadi sejarah dalam nilai kehidupan. Tiada siapa yang meminta setiap titik pertemuan diakhiri dengan garisan perpisahan. Biarlah hidup berjauhan daripada pandangan mata kasar, namun jangan disapu dan dibungkuskan kenangan yang pernah diukir dalam kehidupan bersama. Biarlah ia disimpan dalam lipatan sejarah kehidupan yang pasti akan memberikan nilai kematangan dan mendewasakan diri dan kehidupan. Sekali pertemuan tercipta atas dasar kasih sayang, maka selamanya ia kekal dalam jiwa dan hati.

Perjalanan hidup sudah ditempuhi bersama, pelbagai kenangan dan cerita dikongsi bersama sama ada suka dan duka. Lumrah kehidupan tidak semuanya manis, kadang-kadang pahit dan perit untuk ditempuhi bersama dalam kehidupan penuh liku dan onak ini. Kita sudah melaluinya dengan hati dan jiwa yang tenang, kadang-kadang mengeluh kesah dengan kisah hidup yang sebegitu rupa. Tiada siapa mahukan kepahitan dan kesedihan dalam pertemuan, tetapi itulah ujian untuk menguatkan ingatan dan memori kenangan indah hidup bersahabat.

Kisah suka duka bersama kamu sekalian (abang dan kakak semester 8 ISMP Geografi), biarlah ia menjadi kenangan yang akan diingati sehingga ke akhir hayat. Jika jasad tidak nampak di mata, jiwa dan hati akan sentiasa berhubung dalam titipan doa keampunan, permintaan dan kejayaan kepada Allah SWT. Perpisahan yang akan berlaku bukan penamat kepada segala-galanya, namun permulaan kepada meningkatkan kematangan dan nilai hidup sebuah erti persahabatan dan hubungan kekeluarga. Pemergianmu bukan untuk ditanggisi tetapi untuk dikenang sebagai sejarah kehidupan yang akan mendewasakan kehidupan masa hadapan.



Selamat menjadi "pendidik untuk mendidik manusia menjadi insan"

Saturday, 8 June 2013

PENGORBANAN SEORANG IBU KEPADA SEORANG INSAN BERNAMA ANAK

Bismilahirohmanirohim dan Assalamualaikum W.B.T.

Saya berpesan kepada diri sendiri dan semua sahabat saya supaya marilah sama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan sepenuh taqwa. Selawat ke atas jujungan agung Nabi Muhammad SAW sebagai kekasih Allah SWT. Marilah beriman dan beramal kepada Allah SWT walaupun sesaat kerana sesaat itu mungkin mampu menjerumuskan diri sama ada ke dalam Syurga atau Neraka.

Seorang insan bernama anak tidak akan mampu lahir ke muka bumi ini tanpa pengorbanan daripada seorang insan bernama ibu. Allah SWT memberikan zuriat kepada seorang insan bernama ibu untuk mengandung dan melahirkan anak sebagai hambaNya. Allah SWT menguji seorang insan bernama ibu dengan mengurniakan seorang anak supaya terus beriman dan beramal kepadaNya. Pengorbanan ibu untuk memastikan zuriat anugerah Allah SWT bukan semudah yang disangkakan terutama bagi mereka yang belum bergelar ibu atau bapa. Seorang ibu berhadapan dengan sebarang kemungkinan dalam tempoh 9 bulan 10 hari dan bertarung antara hidup atau mati untuk melahirkan seorang insan bernama anak. MasyaAllah,,,, mampukah kita membalas jasa dan keperitan seorang insan bernama ibu dengan mempertaruhkan nyawa semata-mata demi seorang insan bernama anak???

Seorang insan bernama ibu, tiada ganti, hanya satu dalam seramai manusia bergelar perempuan. Kasih dan sayangnya kepada seorang insan bernama anak tidak boleh dinilai melalui luaran perwatakan seorang insan bernama ibu. Jiwa dan hati seorang ibu tidak pernah lekang untuk berfikir, mengenang dan berusaha untuk membahagiakan dan mengembirakan hati dan perasaan seorang insan bernama anak. Kesedihan dan kekecewaan seorang insan bernama ibu bukan untuk dijadikan tatapan bagi seorang insan bernama anak. Bagi seorang ibu, hanya kegembiraan dan kesenangan sahaja untuk tatapan jiwa dan pemikiran seorang anak. Mana mungkin seorang insan bernama ibu mahu memperlihatkan keresahan dan kerisauan dalam diri seorang insan bernama anak untuk memikirkan sesuatu mengenai dirinya walhal itu menjadi tanggungjawab seorang insan bernama anak. Suci dan murninya hati seorang ibu dengan meletakkan kebahagaian dan kegembiraan seorang insan bernama anak lebih utama daripada diri sendiri. MasyaAllah,,, mampukah kita mengembalikan kasih sayang itu tatkala kekecewaan ibu kerana seorang anak????

Apa sahaja kehendak dan kemahuan seorang insan bernama anak sudah pasti akan cuba untuk diberikan dan ditunaikan oleh seorang insan bernama ibu walaupun kadang-kadang menanggung malu dan kesusahan berhadapan dengan manusia sekeliling. Seorang insan bernama ibu tidak mungkin sanggup merelakan seorang anak kekurangan keperluan dan kemahuan mereka walaupun kekurangan sebiji nasi apabila makan. Seorang insan bernama ibu sanggup berlapar demi kekenyangan seorang insan bernama anak. Jangan dilihat pada wajah seorang ibu, tidak mungkin mampu mencari kepenatan, kelaparan, keletihan, kekecewaan dan keresahan memikirkan hidup seorang insan bernama anak. Apa sahaja sanggup dikorbankan oleh seorang insan bernama ibu kepada seorang anak yang lahirkan daripada rahimnya dengan mempertarungkan nyawa sama ada hidup atau mati.

Seorang anak tidak mampu membayar pengorbanan seorang ibu dengan wang ringgit, harta, kemewahan dan kekayaan. Harapan seorang ibu hanya satu, ingin melihat seorang anak mengangkat kedua-dua tangan untuk berdoa kepada Allah SWT supaya mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan meminta keampunan daripada Allah SWT supaya ampunkan dosanya. Seorang ibu sudah cukup senang dan gembira jika melihat anaknya gembira dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Tidak perlu dipersembahkan kepada seorang ibu dengan wang kerana tiada nilai berbanding dengan nilai pengorbanan seorang insan bernama ibu. Jasa dan pengorbanan seorang ibu mestilah dibalas dengan menjadi anak yang soleh dan solehah, mencari ilmu pengetahuan, berbuat baik sesama manusia, berbakti kepada mereka dan masyarakat  dan beriman beramal kepada Allah SWT.

Sunday, 24 March 2013

KEMATIAN TIDAK MENGENAL USIA

Al Fatihah!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kesibukan "mengejar dunia" pada hari ini, tiba-tiba mendapat perkhabaran daripada seorang junior bahawa seorang sahabat mahasiswa telah dipanggil oleh PenciptaNya...

Tiada siapa mampu menduga ketentuan Ilahi...

Kematian tidak lewat atau cepat walaupun sesaat.

Dia sudah kembali, pemilik nukilan ini bila pula????? Masa yang entah siapa akan tahu kecuali Yang Maha Esa..

Ya Allah.. izinkan pemilik nukilan ini berpesan pada diri pemilik nukilan ini sendiri dan sahabat nukilan supaya mari sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT setaqwanya....

Ampunkan dosa pemilik nukilan ini dan sahabat nukilan.

Ya Allah, hanya mampu pemilik nukilan ini titipkan doa dan Al Fatihah kepada sahabat nukilan yang telah meninggal dunia...

Ya Allah, tempatkan dirinya dalam kalangan orang yang beriman.

Love Allah SWT
Love Nabi Muhammad SAW

Saturday, 23 March 2013

APA SAHAJA!!!!


Nukilan sebuah kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang masih dahagakan ilmu...

Belajar mudah atau senang???? Jawapanya bergantung kepada niat dan tindakan seseorang.
Kenapa??????????????????

Bukankah setiap mahasiswa mempunyai pelbagai cara dan kaedah dalam menuntut ilmu sama ada di dalam bilik kuliah atau di mana-mana ruang ilmu.

Adakah mahasiswa berilmu itu mahasiswa hebat????????/


Emmmmmmm...... mungkin YA dan mungkin TIDAK...

Mengapa eh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bagi pemilik nukilan ini, mahasiswa berilmu akan nampak bijak dan hebat jika mahasiswa itu menggunakan ilmu yang ada untuk ke arah kebaikan dan tidak sesekali menyempitkan ilmu itu hanya untuk kegunaan diri sendiri.

Ye ke!!!!!!!!!!!!.. terserah kepada sahabat nukilan ini. Mungkin sahabat mempunyai pandangan yang berbeza. Salah ke kalau pandangan itu berbeza??? TIDAK!!!!! Mengapa????
Bukankah itu sudah menjadi lumrah kehidupan...

Fikir-fikirkan!!!!


Permulaan daripada "New Blog"


Love Allah SWT
Love Nabi Muhammad SAW
Love My Family