Saturday, 8 June 2013

PENGORBANAN SEORANG IBU KEPADA SEORANG INSAN BERNAMA ANAK

Bismilahirohmanirohim dan Assalamualaikum W.B.T.

Saya berpesan kepada diri sendiri dan semua sahabat saya supaya marilah sama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan sepenuh taqwa. Selawat ke atas jujungan agung Nabi Muhammad SAW sebagai kekasih Allah SWT. Marilah beriman dan beramal kepada Allah SWT walaupun sesaat kerana sesaat itu mungkin mampu menjerumuskan diri sama ada ke dalam Syurga atau Neraka.

Seorang insan bernama anak tidak akan mampu lahir ke muka bumi ini tanpa pengorbanan daripada seorang insan bernama ibu. Allah SWT memberikan zuriat kepada seorang insan bernama ibu untuk mengandung dan melahirkan anak sebagai hambaNya. Allah SWT menguji seorang insan bernama ibu dengan mengurniakan seorang anak supaya terus beriman dan beramal kepadaNya. Pengorbanan ibu untuk memastikan zuriat anugerah Allah SWT bukan semudah yang disangkakan terutama bagi mereka yang belum bergelar ibu atau bapa. Seorang ibu berhadapan dengan sebarang kemungkinan dalam tempoh 9 bulan 10 hari dan bertarung antara hidup atau mati untuk melahirkan seorang insan bernama anak. MasyaAllah,,,, mampukah kita membalas jasa dan keperitan seorang insan bernama ibu dengan mempertaruhkan nyawa semata-mata demi seorang insan bernama anak???

Seorang insan bernama ibu, tiada ganti, hanya satu dalam seramai manusia bergelar perempuan. Kasih dan sayangnya kepada seorang insan bernama anak tidak boleh dinilai melalui luaran perwatakan seorang insan bernama ibu. Jiwa dan hati seorang ibu tidak pernah lekang untuk berfikir, mengenang dan berusaha untuk membahagiakan dan mengembirakan hati dan perasaan seorang insan bernama anak. Kesedihan dan kekecewaan seorang insan bernama ibu bukan untuk dijadikan tatapan bagi seorang insan bernama anak. Bagi seorang ibu, hanya kegembiraan dan kesenangan sahaja untuk tatapan jiwa dan pemikiran seorang anak. Mana mungkin seorang insan bernama ibu mahu memperlihatkan keresahan dan kerisauan dalam diri seorang insan bernama anak untuk memikirkan sesuatu mengenai dirinya walhal itu menjadi tanggungjawab seorang insan bernama anak. Suci dan murninya hati seorang ibu dengan meletakkan kebahagaian dan kegembiraan seorang insan bernama anak lebih utama daripada diri sendiri. MasyaAllah,,, mampukah kita mengembalikan kasih sayang itu tatkala kekecewaan ibu kerana seorang anak????

Apa sahaja kehendak dan kemahuan seorang insan bernama anak sudah pasti akan cuba untuk diberikan dan ditunaikan oleh seorang insan bernama ibu walaupun kadang-kadang menanggung malu dan kesusahan berhadapan dengan manusia sekeliling. Seorang insan bernama ibu tidak mungkin sanggup merelakan seorang anak kekurangan keperluan dan kemahuan mereka walaupun kekurangan sebiji nasi apabila makan. Seorang insan bernama ibu sanggup berlapar demi kekenyangan seorang insan bernama anak. Jangan dilihat pada wajah seorang ibu, tidak mungkin mampu mencari kepenatan, kelaparan, keletihan, kekecewaan dan keresahan memikirkan hidup seorang insan bernama anak. Apa sahaja sanggup dikorbankan oleh seorang insan bernama ibu kepada seorang anak yang lahirkan daripada rahimnya dengan mempertarungkan nyawa sama ada hidup atau mati.

Seorang anak tidak mampu membayar pengorbanan seorang ibu dengan wang ringgit, harta, kemewahan dan kekayaan. Harapan seorang ibu hanya satu, ingin melihat seorang anak mengangkat kedua-dua tangan untuk berdoa kepada Allah SWT supaya mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan meminta keampunan daripada Allah SWT supaya ampunkan dosanya. Seorang ibu sudah cukup senang dan gembira jika melihat anaknya gembira dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Tidak perlu dipersembahkan kepada seorang ibu dengan wang kerana tiada nilai berbanding dengan nilai pengorbanan seorang insan bernama ibu. Jasa dan pengorbanan seorang ibu mestilah dibalas dengan menjadi anak yang soleh dan solehah, mencari ilmu pengetahuan, berbuat baik sesama manusia, berbakti kepada mereka dan masyarakat  dan beriman beramal kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment